Home / All Post
Minggu, 26 Januari 2014
(video) Pegawai Imigresen diserang semasa bertugas di Centre Point Kota Kinabalu
Sabah VideoKejadian pegawai Imigresen yang diserang oleh sekumpulan sekuriti semasa menyoal siat sekuriti-sekuriti yang bekerja dalam pusat membeli belah Centre Point Kota Kinabalu, Sabah.
Security gduh dgn sorg pegawai emegresen...mlm td..d centre point tngkat 1..ingatkn td ada artis ke yg dtg..ramai2 org kumpul..rupa2nya gduh..cerita nya gni..pegawai emegresen ni..mula2 mnta ic ma security ni..sdh kna bg..pegawai ni ckp mcm2 lg..security ni jln la..sbb x mau gduh n hormat kn pegawai tu..last2 pegawai tu..tba teriak dr jauh n ckp" f**K la semua org sabah" apalagi..bkn stakat security tu yg mngamuk..org ramai yg ada kat sna msa tu on ikut mngamuk..tu yg pegawai tu p mnyempit dlm kdai cd..coz..klu dia kluar..kompom2 dia kna hentam ngan smua bdk2 sabah..pegawai ni pn 1..klu iya pn nk meronda..apsal la dia ronda sorg2..smua org kat cp tu dia tnjuk kad kuasa dia..ckp besar sgt..last2 lari jg brsmbnyi dlm kdai cd..ni la salah 1 cntoh salah guna kuasa..x patut..x patut..
Masyarakat penan amalkan kahwin saudara kandung sendiri
Berita Hilang Akal SarawakMungkin pelik bagi kita, tetapi satu kumpulan suku kaum Penan di sebuah perkampungan di sini masih mengamalkan perkahwinan sesama ahli keluarga, termasuk anak dengan ibu, bapa atau sesama saudara kandung.
Siasatan dan tinjauan mendapati, kira-kira 15 keluarga yang mendiami kawasan itu secara berpindah-randah walaupun disediakan rumah panjang, mempunyai pertalian darah, malah 10 pasangan berkahwin dengan darah daging sendiri.
Ia dipercayai menjadi antara faktor kebanyakan remaja dan kanak-kanak di situ tidak memiliki kad pengenalan kerana mereka biasanya tidak mendaftarkan kelahiran hasil perkahwinan cacamarba itu, selain tidak sempat ke klinik.
Bagi masyarakat tempatan, terutama pada zaman dulu, ia perkara biasa kerana mereka yang hidup nomad dalam jumlah kecil tidak banyak pilihan untuk mencari pasangan hidup, namun ia janggal bagi masyarakat luar.
Walaupun perkahwinan sesama mahram, termasuk antara dua beranak, semakin terhakis selepas mereka mula mendiami rumah panjang, komuniti yang mendiami kediaman itu sebenarnya masih adik-beradik.
Ranking: 5
Sabtu, 25 Januari 2014
Kerajaan Myanmar bakal laksanakan pembunuhan besar-besaran Etnik Islam Rohingya
Berita Hilang Akal![]() |
| Seorang penduduk Rohingya Islam, Mohammad Rafique (dua dari kanan), merayu kepada seorang pegawai Pengawal Pantai Bangladesh supaya tidak menghantar keluarganya pulang ke Myanmar di Shahporir Dwip, Teknaf, Bangladesh. |
Sumber dedahkan pembunuhan besar-besaran etnik Islam bakal dilaksanakan. Kerajaan Myanmar didakwa melakukan persediaan bagi menghapuskan penduduk Rohingya Islam di negara ini, sebelum bancian penduduk Myanmar 2014 dijalankan pada 30 Mac hingga 10 April depan.
Menurut laporan Burma Times yang memetik sumber dalaman Myanmar, pasukan tentera diketuai Presiden, Thein Sein sedang bersiap sedia untuk melakukan penghapusan etnik di negeri Rakhine, barat Myanmar tersebut.
Jelas sumber itu, pentadbiran kerajaan pusat di Naypyidaw turut didakwa mengeluarkan arahan penahanan terhadap semua lelaki dewasa dan kanak-kanak Rohingya Islam yang berusia 10 tahun ke bawah.Sekiranya dilaksanakan, rancangan pihak berkuasa Myanmar itu bakal menyerupai penghapusan kaum yang dijalankan tentera Bosnia Serbia di Srebrenica dan Zepa ketika Perang Bosnia 1992-1995.
Kira-kira 800,000 penduduk Rohingya Islam kini dilaporkan tinggal di Myanmar, dengan 90 peratus daripadanya kini berada di barat negara tersebut.

Myanmar tidak menganggap etnik itu sebagai warganegara, malah penduduk Rohingya sering berhadapan dengan kekejaman yang disokong oleh kerajaan sejak tahun 1978 lagi.
Dalam kejadian pada 18 Januari lalu, pasukan keselamatan yang dikenali sebagai Lun Htein memusnahkan sebuah perkampungan yang dihuni oleh 4,000 orang penduduk Rohingya Islam di Maungdaw, Rakhine.
Sebelum ini, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon pernah memberi amaran kepada Myanmar supaya menghentikan serangan ke atas penduduk minoriti Islam itu jika mahu dilihat sebagai sebuah negara yang berwibawa.
Keganasan etnik ke atas penduduk Rohingya biasanya dilakukan oleh penganut agama Buddha.

Pada tahun 2012, perbalahan agama yang berlaku di negeri Rakhine mengakibatkan lebih 200 orang terkorban, kebanyakannya adalah penduduk Islam Rohingya yang dinafikan kewarganegaraan, manakala 140,000 orang lagi hidup melarat tanpa tempat perlindungan.
Kerajaan Myanmar turut menolak perbincangan berkaitan isu etnik Rohingya pada persidangan pertama menteri-menteri luar ASEAN yang akan diadakan di negara ini pada 28 Mac depan.
Dr. Haron Din stabil di Institut Jantung Negara (IJN)
Institut Jantung Negara (IJN)
GAMBAR yang disiarkan dalam Facebook Kelab Che Det ini menunjukkan TUN Dr. Mahathir Mohamad adalah antara yang melawat Dr. Haron Din di IJN, Kuala Lumpur.
Keadaan kesihatan Timbalan Musyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam dilaporkan stabil.
Satu sumber memberitahu, beliau berada dalam stabil dan sedarkan diri dan bukannya kritikal seperti digembar-gemburkan sesetengah pihak.
Dalam pada itu, menurut status yang dimuat naik di laman facebook 'Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Official)' 22 jam lalu, keadaan beliau beransur pulih tetapi masih mendapatkan rawatan kerana kesihatan yang sedikit terganggu.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Amiruddin Hamzah ketika dihubungi berkata, perkembangan terkini mengenai keadaan Haron belum diketahui dengan pihak keluarga Haron meminta kerjasama semua pihak supaya memberi ruang kepadanya untuk berehat.
Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah antara pemimpin yang melawat Haron di IJN hari ini.
Cuaca luar biasa Kuala Krai seolah-olah suasana pagi Cameron Highlands
Suhu Sejuk MalaysiaSeolah-olah menikmati suasana pagi di Cameron Highlands, Pahang.
Itulah yang dirasakan penduduk di sekitar Kuala Krai di sini apabila suhu kira-kira 17 darjah Celsius direkodkan di daerah ini sejak Rabu lalu.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar daerah ini mendapati, penduduk terpaksa memakai baju tebal bagi melakukan aktiviti seharian berikutan perubahan cuaca yang berlaku.
Seorang kakitangan awam, Che Ragayah Che Yaakob , 31, mendakwa, fenomena cuaca sejuk seolah-olah berada di Cameron Highlands tidak pernah berlaku di kawasan itu sebelum ini.
Katanya, suasana bertambah sejuk terutama pada waktu malam menyebabkan dia terpaksa mengunakan selimut tebal.
"Saya difahamkan keadaan ini akan berterusan beberapa hari lagi sehingga minggu depan dan fenomena ini turut melanda beberapa daerah lain di negeri ini," katanya ketika ditemui.
Seorang lagi kakitangan awam, Norazita Ismail, 36, berkata, beliau terpaksa mandi menggunakan air panas pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja.
"Hendak sentuh air pada waktu pagi sekarang sangat sejuk, terasa seperti menyentuh ais lebih-lebih lagi ketika hendak berwuduk.
"Keadaan ini menyebabkan suasana berkabus walaupun pada pukul 11 pagi," katanya.
Sementara itu seorang pengusaha santan kelapa, Hasnah Mustafa, 50, pula berkata, akibat cuaca sejuk, santan yang dihasilkan menjadi beku walaupun tidak disimpan di dalam peti ais.
"Situasi yang berlaku ini merupakan kali pertama saya alami sejak mula mengusahakan perniagaan empat tahun lalu," katanya.
Dalam pada itu, laman web Jabatan Meteorologi mencatatkan suhu minimum di Kuala Krai hari ini adalah 19.1 darjah celsius iaitu masih yang terendah bagi kawasan tanah rendah dengan Cameron Highlands mencatatkan suhu minimum 12.3 darjah celsius.
Kelmarin, Jabatan Meteorologi menerusi satu kenyataan melaporkan secara relatifnya, bulan ini dan Februari merupakan tempoh suhu minimum yang agak rendah berbanding bulan-bulan lain.
Suhu udara yang sejuk daripada biasa yang dialami di kebanyakan tempat terutamanya di kawasan pantai timur dan utara Semenanjung pada minggu ini adalah disebabkan tiupan angin timur laut yang agak kencang, berpunca dari tanah besar China yang ketika ini sedang mengalami musim sejuk.
Selain itu, keadaan litupan awan yang kurang di seluruh Semenanjung sepanjang minggu ini turut membantu merendahkan suhu pada waktu malam dan awal pagi.
Langganan:
Postingan (Atom)
Diberdayakan oleh Blogger.
LABEL LIST
- Agama
- Along
- Arena
- Artis
- Automotif
- Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)
- Berita Hilang Akal
- Berita pekerjaan
- Borang
- Buaya ditangkap
- City Mall
- Cukai GST
- Datuk Seri Abdul Wahid Omar
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Najib Tun Razak
- Disaman
- Doa
- Economy
- Ekonomi
- English
- Fact
- Global
- Harga Barangan
- Hoki
- Indonesia
- Infografik
- Institut Jantung Negara (IJN)
- Isu PATI
- Jenayah
- Johan Raja Lawak
- Kaji Selidik
- Kamera AES
- Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M)
- Kemalangan
- Kes Rogol
- KPDNKK
- Meninggal Dunia
- Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W
- Nurul Izzah Anwar
- PATI
- Pelancongan Malaysia
- Pelik Tapi Benar
- Penceraian
- Penemuan
- Perdana Menteri
- Politik
- Proton
- Rafizi Ramli
- Rumah PR1MA
- Sabah
- Sains
- Sarawak
- Singapore
- Skim Rumah Pertamaku (SRP)
- Suhu Sejuk Malaysia
- Syirik
- Tambunan
- Tan Sri Tony Fernandes
- Teladan
- Terkini
- Timpoluon Babagon
- Tips
- Top 10
- Video
- Yuna
















