Tampilkan postingan dengan label Pelik Tapi Benar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Pelik Tapi Benar. Tampilkan semua postingan

Senin, 20 Januari 2014

Pasangan pengantin memperlihatkan Wajah Selfie di Pizza

Pasangan pengantin memperlihatkan Wajah Selfie di Pizza


Pasangan pengantin baru yang sangat menyukai makanan segera meraikan majlis perkahwinan dengan mengabadikan potret wajah mereka di atas dua keping piza.

Kieran dan Natasha Morris, dari Bury, Manchester, meminta restoran piza kegemaran mereka mengabadikan wajah mereka di atas dua piza yang berukuran 13 inci diperbuat daripada puri tomato, daging dan jagung.



Restoran piza itu pernah mengabadikan potret artis Nathan Wyburn yang pernah muncul dalam rancangan Britain's Got Talent, selain turut menghasilkan imej seperti ikan duyung, cokelat dan pelbagai lagi.
Dalam tempoh tiga jam, piza istimewa itu siap untuk dihantar kepada pasangan bahagia berkenaan Sabtu lalu.

Kieran berkata, mereka mendapat idea itu untuk memberi kejutan kepada tetamu yang hadir kerana rakan mereka sering berjenaka mengenai tabiat kedua-duanya yang gemar memakan piza.

“Piza yang menampilkan wajah kami menjadi hadiah perkahwinan kepada tetamu. Kami sangat gembira apabila melihat wajah kami di atas piza dan tetamu juga seronok dengan kejutan itu,” katanya dalam satu kenyataan. 

Kamis, 09 Januari 2014

BBC News iktiraf Malaysia sebagai pembuat kondom terhebat

BBC News iktiraf Malaysia sebagai pembuat kondom terhebat

Sekali lagi nama Malaysia terkenal di mata dunia. Kali ini sebagai pengeluar KONDOM terbesar di dunia.


Mesej yang Kickbola Network terima berbunyi, "Hello, just want to share something circulated among my colleague in Oxford. 

As Malaysian is quite funny that we have to many rubber source but end up being a condom champion yet we are unable to produce our own tires. 

Negara Islam jadi pengeluar Kondom terbesar dunia".