Tampilkan postingan dengan label Nurul Izzah Anwar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Nurul Izzah Anwar. Tampilkan semua postingan

Jumat, 24 Januari 2014

Nurul Izzah sudah ada pengganti bekas suaminya


Laporan The Star hari ini memetik sumber dari Mahkamah Syariah Kuala Lumpur yang menyebut tentang permohonan cerai anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah Anwar dengan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar.


Pasangan ini dikatakan sudah tidak sehaluan sejak dari tahun lepas lagi dan keretakakan rumah tangga itu sampai ke kemuncaknya Disember lepas apabila Nurul Izzah memfailkan permohonan fasakh (menuntut cerai dari suami).

Sebetulnya, aku sendiri sudah mendengar desas desus tentang keretakan rumah tangga Nurul Izzah ini jauh lebih awal lagi.



Nurul Izzah dikatakan menghadapi sedikit masalah dengan sikap suaminya yang terkenal sebagai kaki minum, kaki perempuan dan ada ura-ura menyebut, turut terbabit dengan hubungan sejenis juga.

Sudahlah bapanya dihambat dengan dakwaan hampir serupa, kini, suaminya pun dikaitkan dengan dakwaan yang sama.

Justeru, amat wajarlah Nurul Izzah memohon cerai demi kebaikan semua pihak.

Dalam masa yang sama, imej lelaki yang dikata bakal menjadi suami Nurul Izzah yang baru juga sudah diedarkan di media sosial.



Anas Alam Faizli

Anas Alam Faizli ini dikatakan seorang profesional muda Melayu yang juga menjadi aktivis sepenuh masa PKR.


Beberapa sumber yang rapat dengan Nurul Izzah menyebut, jika nak dibandingkan dengan suaminya sekarang, Anas adalah 10 kali lebih hebat.

Bukan sekadar memegang jawatan sebagai Jurutera Minyak dan Gas, Anas juga mengetuai NGO menentang TPPA yang ditubuhkan PKR.

suami Nurul Izzah sekarang, Raja Ahmad, tidak begitu terlibat dalam politik dan dikatakan lebih banyak menggunakan kedudukan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dan Nurul Izzah sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai untuk kepentingan dirinya sahaja.

Malah, ada khabar-khabar angin menyebutkan, ketika video fitnah menunjukkan Anwar melanggan pelacur disebarkan oleh Datuk T, keluarga Raja Ahmad telah mendesaknya untuk menceraikan Nurul Izzah kerana percaya dengan pembohongan tersebut.

Selain tidak senang kerana Raja Ahmad itu sendiri dikaitkan sebagai orang yang menghantar Anwar ke hotel berkenaan dalam fitnah tersebut.

Tapi seperti yang kita tahu, semua itu hanya mainan UMNO.  Entah macam mana silapnya, Raja Ahmad dan keluarganya boleh termakan dengan pembohongan tersebut, tapi ia jelas sekarang dia bukanlah suami yang baik untuk Nurul Izzah (kalau dakwaan penceraian ini benar).

Apa sekalipun, ini bukanlah isu yang terlalu besar.  Adatlah dimana-mana pun, ada orang kahwin dan kemudian bercerai.  



Nurul Izzah pun manusia biasa juga, tidak ada siapa yang sempurna.

Kamis, 23 Januari 2014

Status cerai fasakh Nurul Izzah belum ada kata putus

Nurul Izzah sekali lagi mengejutkan dunia politik tanah air petang ini apabila mengeluarkan kenyataan bersama dengan suaminya tanpa menafikan bahawa beliau memfailkan tuntutan fasakh.


Jika pada sebelah pagi tadi beliau menafikan, melalui akaun twitter, ada memfailkan tuntutan cerai fasakh ke atas suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar, kenyataan terbarunya langsung tidak menafikan mahu pun mendakwa berita tuntutan fasakh tersebut palsu.

Menurut The Star:


PKR vice president Nurul Izzah Anwar and her husband Raja Ahmad Shahrir Raja Salim have issued a joint statement, expressing disappointment over the attention given to their personal lives.

Without denying Nurul Izzah had filed a divorce petition in the lower Syariah Court in December, the couple said: “We are deeply saddened by the undignified intrusion into our private lives and will do our utmost to work out our continuing union”

“Our family is our priority, as is our time together, so we thank all our supporters for their kind understanding, and appeal to all to accord us privacy,” the couple added in a statement.

The statement was issued after The Star Online broke the news in the morning and the drama later in the day took a new twist with family members claiming that the Pqantai Dalam MP might be withdrawing the petition on Friday.

It is understood that family members had persuaded the couple to work things out after news broke online that Nurul had filed for divorce in late December.

Dua kenyataan berbeza dalam suatu hari menimbulkan pertanyaan sama ada wakil rakyat Lembah Pantai ini menyembunyikan sesuatu.


Rabu, 22 Januari 2014

Nurul Izzah mohon fasakh cerai terhadap suaminya

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sah memfailkan permohonan fasakh terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di Mahkamah Rendah Syariah di sini.


Pengesahan itu dibuat kakitangan mahkamah dekat sini namun enggan mendedahkan butiran lanjut.

Kecoh cerita Nurul Izzah tuntut cerai

Ruang siber digemparkan dengan khabar angin mengenai rumah tangga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang dikatakan menuntut cerai daripada suaminya.

berkahwin muda pada usia 23 tahun

Nurul Izzah dikatakan membuat permohonan cerai secara fasakh menerusi satu tuntutan di sebuah mahkamah syariah pada akhir Disember tahun lalu.

Suami beliau, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, dipercayai telah menerima tuntutan itu pada 16 Januari lalu dan memohon penangguhan selama dua minggu bagi membolehkan beliau menyediakan kesnya.


Nurul Izzah dan Raja Ahamd Shahrir Iskandar tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen berhubung dakwaan berkenaan.

Usaha pihak The Star Online mendapatkan pengesahan wanita itu kira-kira pukul 11.40 pagi Khamis tidak berjaya apabila panggilan telefon yang dibuat ke atasnya terputus selepas dua kali berbunyi.


Nurul Izzah, 33, dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 35, berkahwin pada 9 Mei 2003.

Majlis perkahwinan pasangan itu diadakan di kediaman bapa Nurul Izzah iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Bandaraya, dekat sini.


Mereka dikurniakan seorang anak perempuan berusia tujuh tahun dan seorang anak lelaki yang berusia empat tahun, menurut sumber mStar.

Nurul Izzah dilapor fail penceraian


Spekulasi meluas bahawa anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memfailkan penceraian disahkan melalui rekod mahkamah syariah, lapor The Star Online.

Menurut laporan itu, semakan dengan Mahkamah Syariah Rendah Jalan Duta mendapati naib presiden PKR itu memfailkan petisyen penceraian terhadap suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim bulan lalu.

Dilaporkan juga bahawa anak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu enggan mengulas dengan alasan ia hal peribadi.

Bagaimanapun, menjawab soalan berkaitan di Twitter, beliau menjawab "Nope" (tidak).

Beliau disoal seorang pengguna: "salam, betul ke akak tuntut fasakh... keluar news"

Beliau menjawab: "wassalam. Nope".

Penceraian boleh berlaku sama ada melalui ta'liq, fasakh atau tebus talak.


Senin, 20 Januari 2014

Nurul Izzah Anwar sampaikan Surat terbuka untuk Perdana Menteri


SAYA harap Datuk Seri berada dalam keadaan sihat dan tenang. Saya mendoakan Datuk Seri dilimpahkan kerahmatan dan keberkatan daripada ALLAH SWT.


Ingin saya sampaikan bahawa saya memahami keadaan Datuk Seri yang mungkin tersasul semasa memberikan ucapan di Kemaman tempoh hari.

Saya akui, saya juga tertawa kecil, tapi dalam masa sama, saya sedar kita semua manusia, tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

Bagaimanapun, Datuk Seri perlu sedar, apa yang Datuk Seri katakan itu cumalah salah satu daripada banyak kenyataan yang keluar daripada mulut Menteri Kabinet Malaysia kebelakangan ini. Dulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek pernah berkata, “jika harga ayam mahal, jangan makan ayam”.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar juga pernah berkata, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya menganggap kenaikan tol terlalu tinggi. “Bagi mereka yang fikirkan ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut.”

Datuk Seri, cuba tanyakan soalan ini dengan ikhlas kepada diri Datuk Seri sendiri, adakah ini kenyataan daripada mereka yang prihatin dengan masalah rakyat? Laporan media arus perdana mengatakan kadar inflasi di Malaysia sudah mencapai kemuncaknya pada 2.9 peratus pada November 2013.

Rakyat negara ini sudah lali dengan berita ini. Tetapi, tugas kerajaan bukan sahaja untuk mengawal kadar inflasi ini, tetapi juga untuk memberi penerangan kepada rakyat apakah makna inflasi ini, bagaimanakah kadar inflasi ini dikira dan seterusnya, apakah kesan-kesannya kepada rakyat. Sebagai ahli ekonomi, saya percaya Datuk Seri tahu akan kepentingan Indeks Harga Konsumer (CPI) kepada penentuan kadar inflasi ini.

Rakyat marhaen dapat melihat harga barang semakin meningkat dari hari ke hari, tapi perkara ini tidak langsung dicerminkan dalam kadar inflasi. Mengikut perkiraan pakar ekonomi, kadar inflasi yang sebenar di Malaysia berada pada kira-kira 8 peratus.

Dalam soal gaji dan upah, pekerja Malaysia juga jelas terseksa dengan kadar gaji rendah. Pada ketika ini pekerja Malaysia cuma menikmati 28 peratus daripada KDNK, berbanding keuntungan perniagaan pada 67.1 peratus. Bandingkan dengan negara jiran kita, Singapura yang pada 1997 mempunyai pecahan gaji berbanding KDNK sebanyak 42 peratus. Nampaknya pecahan ini amat tidak seimbang. Jika kita bandingkan dengan beberapa negara maju lain, pecahan ini lebih besar, contohnya pekerja-pekerja di Jepun menikmati gaji dan upah sebanyak 52 peratus daripada KDNK keseluruhan.

Datuk Seri, saya pelawa Datuk Seri sendiri turun melihat sendiri keadaan rakyat. Baru-baru ini, saya ternampak sebuah iklan jawatan kosong di sebuah restoran makanan segara yang popular, menawarkan gaji RM900 sebulan. Saya ingin tanya, bagaimanakah seseorang itu boleh hidup di kawasan Lembah Kelang dengan gaji RM900 sahaja? Pada hemat saya komen tentang kangkung tempoh hari melihatkan betapa Datuk Seri dan Kabinet Datuk Seri terputus daripada realiti kehidupan rakyat marhaen. Masalah pendapatan ini juga membawa kepada suatu masalah yang lebih besar. Orang miskin nampaknya tidak ada ruang untuk melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan, kerana pendidikan yang berkualiti tiada dalam jangkauan mereka.

Saya fikir, sekiranya mahukan Malaysia yang terus-menerus mengeluarkan sumber manusia berkualiti secara mampan, isu pendidikan perlu diberi perhatian secara serius, bukan sekadar penukaran kosmetik.


Datuk Seri, saya juga amat bimbang sekali dengan retorik perkauman serta sentimen kebencian yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Isu-isu seperti hak keistimewaan orang Melayu dan isu-isu keagamaan sudah menjadi permainan ahli-ahli politik yang tidak peduli akan hak-hak kemanusiaan sejagat. Saya amat bimbang anak-anak Malaysia akan terpengaruh dengan sikap perkauman yang melampau, sehinggakan ada semakin berani guna kata-kata kesat atau berbaur ugutan ke atas bangsa-bangsa lain.

Justeru, Datuk Seri perlu menjadi pemimpin kepada semua rakyat Malaysia. Tidak boleh berdiam diri berkenaan isu-isu yang menggugat ketenteraman dan kesejahteraan hidup rakyat. Apakah dengan mendiamkan diri membolehkan Datuk Seri meninggalkan warisan yang lebih bermakna yang Datuk Seri sendiri inginkan? Pilihan di tangan Datuk Seri. Tepuk dada, tanya selera.

Nurul Izzah Anwar