Tampilkan postingan dengan label Teladan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Teladan. Tampilkan semua postingan

Kamis, 23 Januari 2014

Masalah Gangguan seksual di tempat kerja

Ramai mangsa tidak yakin buat laporan terutama kepada majikan.

Natasya, 27, (bukan nama sebenar), setiausaha kepada seorang pengurus kanan sebuah syarikat. Wajah cantik dan personaliti menarik.


Natasya kerap diganggu rakan sekerja lelaki yang suka datang mengejut di belakangnya sambil mengusap bahu, menyentuh wajah, memegang tangan, payudara dan cuba menciumnya.

Bukan setakat itu, pekerja lelaki itu sering menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bercerita mengenai hubungan seksual dan tidak pernah jemu mengajaknya keluar makan.

Kejadian itu berlarutan, akhirnya Natasya tidak tahan dan mengadu kepada pihak atasan. Malangnya aduan itu tidak dipedulikan menyebabkan dia membuat laporan polis. Kini, kesnya sedang disiasat.


Kunci mulut


Gangguan seksual di tempat kerja adalah, isu lama tetapi sering kali menjadi ‘hangat’ apabila pelaku terlepas manakala mangsa pula ‘mengunci mulut’.

Keadaan itu berlaku kerana mangsa tidak yakin untuk membuat aduan, malah, mangsa sering dipersalahkan kerana tiada bukti kukuh hingga menyebabkan mereka tidak mahu memanjangkan kes. Apatah lagi, rata-rata kejadian dilakukan rakan sekerja.

Tambahan pula bagi kebanyakan aduan diterima, pelaku dalam kalangan bos yang memiliki pengaruh di pejabat berbanding mangsa yang rata-rata terdiri daripada pekerja biasa.

Kod amalan


Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Muzaffar Syah Mallow, berkata isu gangguan seksual berlaku dalam pelbagai cara.

Katanya, selepas ‘Kod Amalan untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja’ dilaksanakan pada 1999, semakin ramai mangsa membuat laporan dan merasai mereka dilindungi.

“Kes gangguan seksual diterima akan diselesaikan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung, Kementerian Sumber Manusia mengikut kod amalan berkenaan. Berdasarkan statistik, sejak diperkenalkan pada 1999 hingga 2010, sebanyak 297 kes diterima.
Pelajar Universiti Bawa ayah lumpuh masuk universiti

Pelajar Universiti Bawa ayah lumpuh masuk universiti

GUO turut memasak untuk bapanya di asrama universiti. Gambar kanan, GUO terpaksa menjaga ibunya sejak masih kecil dan kini perlu menjaga bapanya yang lumpuh.


Seorang pelajar China Guo Shijun merayu pihak berkuasa universiti agar membenarkan bapanya yang lumpuh tinggal di bilik asramanya sepanjang penggal pengajian.


Guo yang tidak mahu menangguhkan pengajiannya kerana terpaksa menjaga bapanya yang lumpuh dan ibu yang sakit terpaksa membuat permohonan pengecualian itu.




Disebabkan dia berjaya mendapat tempat di universiti terbaik dan pihak pentadbiran institusi pengajian tinggi itu kagum dengan dedikasinya menghadapi kesukaran dalam hidup, mereka membenarkan dia membawa bapanya ke asrama universiti bagi meringankan beban ditanggungnya. 

Guo, 20, yang berasal dari keluarga miskin menjalani zaman kanak-kanak dengan penuh kesukaran. Ibunya menghidap sakit mental selepas diserang meningitis ketika Guo masih kecil. 

Dia dan bapanya terpaksa bergilir-gilir menjaga ibunya. Walaupun dibebani tanggungjawab besar ketika kecil. 

Guo tetap berupaya memperoleh gred tertinggi di sekolah.

Nasib yang menimpa Guo bertambah buruk apabila bapanya yang bekerja sebagai buruh binaan terbabit dengan nahas ketika bekerja. 

Bapanya terjatuh 15 meter dari sktruktur jambatan yang dibina di Liuan, wilayah Anhui menyebabkan lelaki itu lumpuh dari paras pinggang ke bawah. 

Sejak kejadian itu, datuk dan nenek Guo mengambil alih tugas menjaga ibunya, tetapi tidak mampu untuk turut menjaga bapanya.

Kerana itu, Guo terpaksa menyewa sebuah bilik kecil berhampiran asrama universitinya dan membawa bapanya tinggal bersama-samanya bagi memudahkan dia menjaga bapanya.





Untuk membiayai pengajiannya di universiti, Guo meminjam wang daripada rakan dan saudara-maranya. 

Kelantan dan Terengganu catat suhu terendah

Cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini mencatatkan rekod suhu terendah iaitu 19 darjah Celsius di sekitar Besut, pagi semalam.


Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan/Terengganu Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Jenuwa Husin berkata, selain itu, Kuala Krai, Kelantan, turut merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah Celcius, semalam, sekali gus mencatatkan rekod pertama di Pantai Timur.

Menurutnya, penurunan suhu itu amat berbeza dengan suhu biasa yang dicatatkan pada kadar paling minimum sebelum ini iaitu 23 darjah Celcius di dua kawasan itu.

Perubahan iklim mendadak di daerah Jertih membuatkan beberapa penduduk di sini terpaksa memakai pakaian tebal.

Lebih memburukkan keadaan akibat perubahan suhu itu beberapa penduduk turut diserang demam apabila suhu kurang daripada 25 darjah Celsius pada waktu malam dan 28 darjah Celsius tengah hari tadi.

Seorang peniaga, Siti Mariam Husin, 54, berkata, sejak perubahan suhu seminggu lalu, dia kini terpaksa memakai pakaian dua lapis dan stokin setiap kali keluar rumah waktu pagi.

Menurutnya, dia dan dua anaknya, Nur Hidayah Hashim, 23, dan Nur Hazira Hashim, 28, terpaksa mandi menggunakan air panas untuk menghangatkan badan pada waktu pagi selain mengalami kesukaran untuk tidur malam.

"Adakalanya saya rasa seperti ada ais di bawah tilam dan untuk menghangatkan badan saya terpaksa guna lebih selimut.

"Pada mulanya saya ingatkan saya sahaja yang merasa perubahan suhu tetapi selepas mendengar perbualan beberapa penduduk di sini barulah saya sedar yang suhu di kawasan kampung semakin sejuk," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beris Pak Abu, dekat sini, petang ini.

Sementara itu, Nur Hazira berkata, dia diserang demam dan sakit kepala sejak berlakunya perubahan suhu seminggu lalu.

Menurutnya, gejala sama turut menimpa beberapa pelanggan kedai ibunya yang memberitahu mereka juga diserang demam panas dan sakit kepala.

Malah katanya, permintaan terhadap minuman berais juga turun mendadak kerana pelanggan meminta air panas ketika memesan minuman di kedainya.

"Dulu ibu terpaksa membuka kipas apabila waktu tengah hari namun kini terpaksa menutup alat elektrik itu kerana suhu cuaca terlalu sejuk.

Semetara itu, Perlis kini sekali lagi merekodkan perubahan suhu yang agak berbeza daripada biasa walaupun pernah dikenali sebagai negeri yang mencatatkan suhu paling panas iaitu 40.1 darjah Celsius pada tahun 1998

Menjelang hujung minggu ini, suhu di sekitar negeri ini dijangkakan boleh turun sehingga 21 atau 20 darjah Celsius pada waktu malam, tidak seperti suhu biasa iaitu 36 darjah Celsius pada waktu siang dan 24 darjah Celsius pada waktu malam

Berdasarkan ramalan cuaca JMM, suhu sepanjang minggu di kebanyakan kawasan di negeri ini adalah 33 darjah celsius pada waktu siang dan 24 darjah celsius pada waktu malam.

Pengarah Pusat Cuaca Nasional JMM, Muhammad Helmi Abdullah, berkata, walaupun ramalan menunjukkan suhu waktu malam di Perlis adalah 24 darjah celsius, beliau tidak menolak jika suhu berkenaan boleh turun sehingga 20 darjah celsius.

“Catatan suhu yang agak rendah daripada kebiasaan ini sebenarnya disebabkan musim Monsun Timur Laut yang turut membawa tiupan angin sejuk dari kawasan sejuk seperti di China dan Siberia.

“Jadi, penurunan suhu boleh dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu tiupan angin dan juga kepulan awan," katanya

Menurutnya, jika tiupan angin lebih kuat dan kepulan awan tidak tebal atau banyak pada waktu malam, suhu akan menjadi lebih rendah dan ia adalah perkara normal.

"Pada awal Januari lalu stesen meteorologi Chuping pernah mencatatkan suhu sehingga 19.8 darjah Celsius.

"Rekod suhu terendah yang pernah direkodkan dari stesen berkenaan adalah 17.8 darjah celsius pada 26 Februari 1998. Selepas minggu ini, suhu dijangka kembali meningkat bermula awal Februari,” katanya yang percaya suhu di sini tidak akan turun kurang daripada 20 darjah celcius pada minggu akan datang," katanya.

Muhammad Helmi berkata, catatan suhu yang rendah kerana musim Monsun Timur Laut ini bukan hanya dialami di Perlis tapi juga negeri di sebelah pantai timur semenanjung.

Disebabkan perubahan suhu yang agak mendadak ini juga, Muhammad Helmi menasihatkan orang ramai supaya memakai pakaian yang bersesuaian jika perlu melakukan aktiviti luar pada waktu malam.

Sabtu, 18 Januari 2014

Kisah Seorang gadis yang dipotong tangan kerana bersedekah


Di Kisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana ALLAH S.W.T."


Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalau memberikan roti yang masih panas kepadanya.

Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus.

Semenjak dari peristiwa itu maka ALLAH S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut.

Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut.

Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya. Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya.

Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut.

Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya.

Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan.

Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Barang siapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barang siapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan ALLAH S.W.T.

Dan barang siapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barang siapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka ALLAH S.W.T."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."
Rintihan Anak pasangan Malaysia di Sweden merayu untuk ditempatkan dengan keluarga Islam

Rintihan Anak pasangan Malaysia di Sweden merayu untuk ditempatkan dengan keluarga Islam

GAMBAR kenangan Shalwati Norshal (kanan)yang ditahan di Sweden dengan suaminya bersama empat anaknya yang dimuat naik saudara pasangan terbabit di laman Facebook.




Anak kepada pasangan rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden untuk siasatan kerana memukul tangan seorang daripada anak yang tidak bersolat merayu supaya diletakkan dalam penjagaan keluarga Melayu Islam dari Malaysia.

Aisyah, 14, anak sulung pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal, menyuarakan keinginan itu ketika mengadakan perjumpaan dengan wakil Kedutaan Malaysia dan Khidmat Sosial Sweden semalam.

"Kami tidak mempunyai masalah dengan keluarga angkat sekarang, mereka jaga kami tapi kami tidak selesa bila perlu tinggal dengan keluarga berlainan agama.

"Susah untuk kami membiasakan diri. Jadi Aisyah rasa lagi senang dan selesa untuk kami bersama keluarga Melayu beragama Islam," katanya ketika dihubungi hari ini.



Difahamkan, pasangan suami isteri itu yang ditahan pada 18 Dis lalu sudah memohon kepada Khidmat Sosial Sweden untuk menyerahkan hak penjagaan sementara anak-anak mereka kepada keluarga angkat beragama Islam daripada kalangan kakitangan Kedutaan Malaysia di negara berkenaan.


Aisyah berkata, hasrat untuk ditempatkan bersama-sama keluarga angkat Melayu Islam dari Malaysia itu juga turut dibantu keluarga angkatnya kini.

"Khidmat Sosial sudah janji dengan kami untuk carikan keluarga Islam dari Malaysia...mungkin kami akan dapat keluarga angkat baharu dalam masa terdekat," katanya.

Aisyah berkata, perjumpaan kira-kira sejam setengah itu dengan wakil Khidmat Sosial Sweden dan Kedutaan Malaysia itu adalah bagi membincangkan hal berkaitan ibu bapa mereka.

Pada masa sama, anak pasangan itu terus meluahkan perasaan sedih dengan ketiadaan ibu bapa mereka di sisi sejak sebulan lalu.



"Kehidupan jadi susah bila mummy dan daddy tiada di samping kami... kami kena berdikari, pergi sekolah sendiri.

"Setiap pagi kena naik kenderaan awam macam bas atau kereta api, dengan keadaan cuaca yang sejuk.. Kami tidak ada bekalan baju sejuk yang mencukupi," katanya.



Aisyah berkata, setiap hari selepas sekolah mereka akan pulang ke rumah keluarga angkat dalam keadaan sejuk dan gelap dan keadaan itu membuatkan mereka sedih kerana sebelum ini mereka sentiasa dijemput ibu bapa mereka.



Dalam Facebook miliknya, Aisyah menulis: 'Ya Allah...please save our family...our parents...we need them in our life...we miss them so much...we want to meet them...' (Ya Allah..tolong selamatkan keluarga kami...ibu bapa kami...kami perlukan mereka dalam hidup kami...kami amat rindukan mereka...kami mahu berjumpa mereka...')

Tahanan reman, Azizul Raheem yang juga kakitangan Tourism Malaysia di Stockholm dan isterinya yang juga guru yang bercuti tanpa gaji, dilanjutkan kira-kira dua minggu lagi.


Peguam Negara diminta bawa pulang anak pasangan Malaysia dari Sweden


Pergerakan Wanita Umno hari ini meminta pejabat Peguam Negara meneliti prosedur untuk membawa pulang empat anak kepada pasangan suami isteri Malaysia di Sweden yang sedang ditahan polis di negara itu.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata jika tidak boleh dibawa pulang, pihaknya berharap agar kanak-kanak itu sekurang-kurangnya ditempatkan  dengan keluarga Islam, memandangkan mereka tidak senang ditempatkan di rumah keluarga angkat berlainan agama.

"Wanita Umno ingin memohon agar Wisma Putra dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan memantau kes ini agar ahli keluarga terutama anak pasangan tersebut tidak tersadai tanpa sebarang bantuan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pegawai Tourism Malaysia di Stockholm Azizul Raheem Awalludin dan isterinya Shalwati Norshal, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan pada 18 Dis lepas dan tahanan reman mereka dilanjutkan dua minggu lagi bagi siasatan memukul tangan salah seorang anak mereka yang tidak bersolat.

Anak sulung pasangan itu, Aisyah, 14, merayu supaya diletakkan dalam penjagaan keluarga Melayu Islam dari Malaysia, selain turut memuat naik status merindui ibu bapanya di laman Facebook miliknya.

Pasangan itu turut mempunyai tiga lagi anak lelaki berusia 7, 11 dan 12 tahun.

Jumat, 17 Januari 2014

Kisah Hakim Indonesia yang menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada seorang Nenek yang Mencuri

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.


Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.


Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”

sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.


Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.

Pengetua, Pengurusan Sekolah Cina di Kota Tinggi Mohon Maaf kerana paksa guru buka tudung

Pengetua dan lembaga pengurusan sekolah yang mengarahkan seorang gurunya supaya membuka tudung telah membuat permohonan maaf.


Guru berkenaan, yang merupakan seorang mualaf berkhidmat di sebuah sekolah Cina di Kota Tinggi, di sini, diberitahu supaya membuka tudung dan mendakwa diancam oleh pengurusan sekolah pada minggu lepas.

Dalam satu mesyuarat khas yang diadakan di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama pada Jumaat, pengetua sekolah dan lembaga pengurusan sekolah telah memohon maaf dan menyesal dengan tindakan mereka.

Guru berkenaan menerima permohonan maaf itu dan berkata tidak mahu mengheret isu ini lagi dan hanya mahu menumpukan perhatian kepada tugas beliau.

Dilaporkan bahawa guru itu telah dipindahkan sementara waktu ke sebuah sekolah di daerah Kota Tinggi sementara Jabatan Pendidikan Johor menyiasat kes itu.

Kamis, 16 Januari 2014

Usahawan syarikat automotif jatuh lingkup gara-gara along dan Datuk Seri

Usahawan syarikat automotif jatuh lingkup gara-gara along dan Datuk Seri

YATI mendengar rintihan Nurin yang terpaksa berhutang RM7 juta.

Dia pernah merangkul anugerah pengedar terbaik sebuah syarikat automotif di negara ini, namun kini hidup melarat selepas diburu sembilan ceti haram atau along temasuk seorang pembiaya bergelar Datuk Seri.


Bukan saja perlu menanggung hutang mingguan berjumlah RM650,000, usahawan itu kini terpaksa menanggung bebanan hutang berjumlah RM7 juta sejak awal tahun ini.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurin, 40-an berkata, dia yang bercadang untuk menambah cawangan ruang pameran keretanya diperkenalkan kepada orang kenamaan (VIP) penghujung tahun lalu oleh seorang pegawai bank dengan nilai pinjaman RM5 juta.

Katanya, disebabkan beberapa masalah teknikal, pegawai itu kemudiannya merujuk permohonannya kepada VIP berkenaan kononnya boleh membantu mendapatkan pinjaman dalam tempoh singkat.

“Awal bulan lalu saya pergi ke sebuah bank di negeri ini untuk membuat pinjaman bagi mendapatkan empat bilik pameran kereta.

“Bagaimanapun pegawai bank berkenaan kemudian merujuk saya kepada seorang lelaki berpangkat Datuk Seri yang kemudiannya bersetuju memberikan RM5 juta tanpa menyatakan tempoh pembayaran balik. Disebabkan memerlukan modal pusingan segera, saya setuju,” katanya ketika membuat aduan kepada Pegawai Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yati Shaharudin.


Menurutnya, dia kemudian terpaksa berhutang dengan lapan along yang lain bagi melangsaikan hutang dengan Datuk Seri berkenaan dengan setiap satunya berjumlah antara RM50,000 hingga RM70,000 seminggu.

“Bagaimanapun, kini saya ketakutan apabila ada along yang bertindak menyimbah cat merah sebuah bilik pameran kepunyaan saya. “Disebabkan hal ini, salah sebuah bilik pameran terpaksa ditutup kerana kerugian besar kepada syarikat automotif berkenaan. Habis semua kereta baru yang sepatutnya untuk dijual kepada pelanggan terkena simbahan cat itu,” katanya.

Sementara itu Yati berkata, pihaknya sudah berhubung dengan along terbabit untuk menjadualkan semula dan menangguh pembayaran pinjaman Nurin kepada semua along terbabit.

“Kita juga memberikan khidmat kaunseling serta pengurusan kewangan kepadanya yang seperti hilang arah walaupun sebelum ini pernah menjadi usahawan automotif berjaya,” katanya.

Senin, 13 Januari 2014

Ketahui 7 Jenis Isteri Yang Sering Diceraikan oleh seorang Suami Yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian, Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami.


Rasulullah Shallallahu' alaihi Wasallam bersabda, " Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. " (Riwayat Abu Dawud)

Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya.

Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya.

Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH dan Rasul-Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan harta suaminya.

Bila seorang wanita tidak solehah dan mempunyai sifat atau kebiasaan yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan perhiasan bagi seorang suami. Bahkan, boleh jadi suami tidak suka bersamanya, kemudian menceritakannya.

Jika engkau, wahai isteri menginginkan rumah tangga yang bahagia di dunia dan akhirat, buanglah jauh-jauh dari dirimu tujuh sifat tersebut. Bila tidak, engkau celaka di dunia dan akhirat .



Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami.

  1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.
  2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.
  3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH.
  4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.
  5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.
  6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.
  7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu \ duniawi maupun ukhrawi .
Sumber : Majalah Fatwa Jilid IV No 12 I Zulhijjah 1429 H

Jumat, 10 Januari 2014

PU Hafiz juara musim pertama Mimbar Pencetus Ummah Astro Oasis

PU Hafiz juara musim pertama Mimbar Pencetus Ummah Astro Oasis

Juara Mimbar Pencetus Ummah musim pertama menjadi milik Muhammad Hafiz Mohd Haneefa, 32, ataju lebih dikenali sebagai PU Hafiz apabila menewaskan tiga peserta lain, malam tadi.


Gelaran juara itu melayakkan PU Hafiz menerima hadiah wang tunai RM50,000, sebuah Yoyota Prius C, pakej umrah untuk dua orang dan percutian halal ke China.

Tempat kedua menjadi milik Shahrul Hameed MPH Seeni Md, 38, diikuti Mohd Zinudin Mohamed Zaini, 32, dan Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, 20.

PU Shahrul pula meraih wang tunai berjumlah RM30,000 manakala PU Zinudin dan PU Rahmat, masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000.

Program disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen, Kolej Universiti Islam Selangor itu di saluran Astro Oasis dan tayangan serentak di saluran Maya HD, bermula 9 malam.