Tampilkan postingan dengan label Global. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Global. Tampilkan semua postingan

Minggu, 26 Januari 2014

Model Seksi berkhidmat sebagai setiausaha kepada presiden paling miskin di dunia

Model Seksi berkhidmat sebagai setiausaha kepada presiden paling miskin di dunia













Kamis, 23 Januari 2014

Suhu sujuk di Bangkok catat paras terendah mencecah 15.6 Celsius

Suhu di ibu negara Thailand turun ke paras paling rendah dalam beberapa dekad hari ini manakala musim sejuk luar biasa di bahagian utara negara itu sudah meragut 63 nyawa.


"Bangkok mencatatkan rekod suhu paling sejuk dalam tempoh 30 tahun pagi ini apabila turun kepada 15.6 Celsius," kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Thailand, Songkram Aksorn.

Musim sejuk tahun ini adalah yang paling lama dalam tempoh sedekad, iaitu sehingga tiga bulan.

Suhu di kawasan utara dan timur laut Thailand turun kepada satu angka, menyebabkan 63 orang mati di 24 wilayah.

Mangsa paling muda ialah bayi berusia sebulan manakala mangsa paling tua berusia 83 tahun.

Minggu, 19 Januari 2014

Pelancongan Malaysia dipuji Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB)

Pelancongan Malaysia dipuji Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB)

Usaha Malaysia dalam mempromosi industri pelancongannya mendapat perhatian banyak pihak, termasuk pegawai Pertubuhan Pelancongan Sedunia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNWTO), yang menyifatkan negara ini sebagai 'juara' dari segi pemasaran dan promosi pelancongan. 


Setiausaha Agung UNWTO, Taleb Rifai berkata Malaysia, sebagai antara negara yang dikunjungi paling banyak pelancong, memiliki banyak ilmu yang boleh dikongsi dengan negara lain. 

Beliau juga memuji Malaysia kerana berjaya memanfaatkan kepelbagaian budaya dan etniknya sebagai produk pelancongan yang unik serta menarik.

"Malaysia adalah contoh menarik bagaimana pelancongan boleh mewujudkan perpaduan negara dan menyatukan rakyatnya melalui semangat 1Malaysia," katanya kepada media di luar Forum Pelancongan ASEAN 2014 di sini. 

Rifai berkata ketibaan 25 juta pelancong pada 2012 merupakan pencapaian yang boleh dibanggakan Malaysia kerana ia bukan sahaja membuktikan kejayaannya dalam kempen pemasaran pelancongan, tetapi juga mencerminkan tahap keamanan dan kestabilan yang wujud di negara ini. 
Rakyat Malaysia terbunuh dalam serangan letupan di Kabul, Afghanistan

Rakyat Malaysia terbunuh dalam serangan letupan di Kabul, Afghanistan


Rakyat Malaysia antara 21 terbunuh dalam serangan berani mati di sebuah restoran di Kabul, Afghanistan, lewat petang kelmarin.


Gnanathurai atau Ghana yang menjadi Penasihat Dasar dan Polisi Bajet syarikat itu, bertugas untuk membantu dalam pembaharuan proses belanjawan Afghanistan bagi menjadikannya lebih berkesan dan telus.

Mangsa, Dr V N Gnanathurai, 70, dan juga seorang penasihat lain dari Adam Smith International - sebuah syarikat berpangkalan di London - yang bertugas di Jabatan Bajet Afghanistan terbunuh dalam serangan bom di Restoran Taverna du Liban itu.
“Sesiapa yang bekerja dengan Ghana akan terdedah dengan cara pemikirannya yang tajam, pengalaman yang luas dan disukai serta dihormati oleh orang di sekelilingnya.

“Semua rakan-rakan kami adalah rakan beliau dan dia selalu berkongsi idea yang bernas,” demikian menurut Pengarah Urusan Adam Smith International, Willam Morrison dalam satu kenyataan menerusi laman web syarikat itu.



Katanya, Ghana menerima doktor falsafah dalam Ekonomi dan antara beberapa individu yang kekal konsisten dalam kajian akademiknya dengan membantu kerajaan melaksanakan disiplin fiskal dan membina ekonomi yang berdaya tahan.

Rakyat Malaysia antara 21 terbunuh serangan di Kabul POLIS Afghanistan memeriksa kenderaan awam susulan letupan bom di sebuah restoran dekat Kabul, kelmarin. Rakyat Malaysia antara 21 terbunuh dalam serangan berkenaan.
Sementara itu, bekas majikannya, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, Ghana yang juga bekas pegawai Kementerian Kewangan digambarkan sebagai seorang penjawat awam yang rajin dan sentiasa kekal berdaya saing.



"Dia adalah seorang penjawat awam yang rajin dan berdedikasi, " kata Ramon kepada portal berita Fz.com.

Ghana pada ketika itu bertugas di Jabatan Ekonomi pada 1970-an dihantar untuk menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah di Boston pada 1980.





Menurut laman web Adam Smith International, Ghana dihantar ke Afghanistan selama tujuh tahun sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan semual negara itu selepas kejatuhan pentadbiran Taliban pada 2003. 

Selasa, 07 Januari 2014

Google Inc beri penghormatan sempena tarikh lahir Yasmin Ahmad

Google beri penghormatan sempena tarikh lahir Yasmin Ahmad Google Malaysia memaparkan gambar Yasmin yang seakan dilukis dengan warna air, seperti poster filem arahannya, Sepet, berserta logo enjin carian itu, hari ini. - Foto google.com

Enjin carian popular dunia, Google, dalam lakaran terbarunya memberi penghormatan kepada pengarah dan penerbit iklan terkenal PETRONAS, Allahyarham Yasmin Ahmad sempena tarikh lahirnya, hari ini.

Beliau dilahirkan pada 7 Januari 1958.


Penerima Anugerah Pengarah Filem dan TV Komersial yang menjadi tulang belakang kepada penerbitan iklan PETRONAS itu meninggal dunia pada 25 Julai 2009 pada usia 51 tahun.


Lakaran berkenaan memaparkan wajah Yasmin menerusi lukisan warna air yang turut digayakan bersama perkataan Google berdasarkan kepada tulisan yang terdapat pada poster filem ‘Sepet’.


Sepet adalah filem arahan beliau pada 2004 yang menarik perhatian masyarakat di negara ini dengan kisah cinta antara seorang budak lelaki Cina dan gadis Melayu.

Ini bukan kali pertama yang enjin carian itu menghasilkan lakaran bagi menghormati acara di Malaysia.

Bagaimanapun, ia adalah penghormatan pertama kepada seorang tokoh dari Malaysia pada enjin carian www.google.com.my.

Baru-baru ini, Google turut mewujudkan lakaran 'pilihan raya' ketika Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu.

Lakaran adalah satu perubahan menyeronokkan, mengejutkan dan kadang kala spontan yang dibuat ke atas logo Google bagi meraikan hari cuti umum, ulang tahun, kehidupan artis, perintis dan ahli sains.

Menurut laman web Google Doodles, sebelum syarikat ini ditubuhkan pada 1998, konsep lakaran ini sudah lama digunakan apabila pengasasnya, Larry dan Sergey menggunakan logo korporat syarikat itu bagi menghormati tetamu yang hadir pada festival ‘Burning Man’ di Nevada.



Sejak itu, pasukan ‘Doodler’ syarikat itu sudah menghasilkan lebih 1,000 lakaran pada laman web Google di seluruh dunia.