Tampilkan postingan dengan label Terkini. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Terkini. Tampilkan semua postingan

Jumat, 17 Januari 2014

10 pekerjaan tawar gaji paling tinggi di Malaysia



Industri berasaskan teknologi dan sains adalah sektor pekerjaan yang menawarkan gaji paling tinggi di negara ini, menurut kaji selidik terbaru portal pengambilan pekerja dalam talian, Jobstreet.com.



Kaji selidik mengenai 10 Pekerjaan Menawarkan Gaji Tertinggi di Malaysia itu adalah berdasarkan gaji yang disenaraikan oleh majikan di laman web Jobstreet.com bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Ogos 2013.
Jobstreet.com berkata, kaji selidik itu mendapati pekerja yang berkhidmat dalam jawatan eksekutif yang mengkhusus dalam bidang perubatan, kejuruteraan, kewangan dan teknologi maklumat (IT) secara amnya memperoleh gaji lebih tinggi, dengan gaji purata RM2,800 sebulan.

Graduan baru


Bagi pekerja peringkat pengurusan dan ke atas dan mengkhusus dalam bidang IT, sains dan kejuruteraan, mereka dibayar gaji yang lebih tinggi.

Graduan Ijazah Sarjana Muda yang baru menamatkan pengajian secara purata boleh menjangkakan gaji RM2,100 sebulan yang mana gaji yang ditawarkan untuk golongan itu membabitkan semua industri adalah antara RM1,600 hingga RM3,000.

Menurut Jobstreet.com, sektor farmasi menawarkan gaji tertinggi untuk graduan Ijazah Sarjana Muda yang baru menamatkan pengajian dengan pendapatan RM3,600 sebulan sebagai gaji permulaan, manakala eksekutif diberi tanggungjawab merangka strategi korporat menduduki tempat kedua dengan gaji asas RM3,200.
Bagaimanapun, katanya, jumlah itu hanya membabitkan gaji pokok dan tidak termasuk faedah lain seperti jumlah kelayakan cuti, faedah perubatan, insurans dan insentif lain.

Portal itu berkata, walaupun doktor muda boleh mencapai gaji sebanyak RM2,700, gaji mereka boleh meningkat dengan pantas kepada kirakira RM3,900 sebulan dengan hanya tiga hingga empat tahun pengalaman.

Selasa, 07 Januari 2014

(Gambar) Tebing Lebuhraya Mahameru runtuh akibat hujan lebat

(Gambar) Tebing Lebuhraya Mahameru runtuh akibat hujan lebat

Akibat hujan lebat, tebing berukuran 10×10 meter di tepi Lebuhraya Mahameru berdekatan Jabatan Perhutanan Negara runtuh dalam kejadian kira -kira jam 5.30 petang tadi.


Hanya satu laluan dibuka untuk kenderaan dan kesesakan jalan berlaku dari Jalan Maharajalela.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang membuat kerja pembersihan.



Runtuhan mengakibatkan Jalan sesak sepanjang 10km


Sebahagian laluan Lebuhraya Mahameru iaitu dari Parlimen menghala Jalan Tun Razak, di sini, ditutup sementara berikutan tebing runtuh petang semalam, runtuhan tanah kedua di kawasan berkenaan selepas kali pertama Mei lalu.

Insiden kira-kira jam 5 petang itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat, turut menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk sepanjang lebih 10 kilometer bermula dari arah Sungai Besi, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Bencana itu juga menyebabkan kerja menstabilkan cerun yang runtuh dalam kejadian pertama Mei 2013 terus tergendala. Berikutan kejadian berkenaan, pengguna dinasihat menggunakan laluan alternatif di Jalan Duta dan Jalan Parlimen untuk ke Bulatan Segambut.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat bertungkus lumus membersihkan kawasan runtuhan dan membuka laluan selorong untuk membolehkan pengguna jalan yang terkandas, meneruskan perjalanan.

Berlaku tanah mendap


Jurucakap DBKL ketika dihubungi, berkata kerja pembersihan mungkin mengambil masa dan tidak menolak kemungkinan runtuhan dari lereng setinggi 20 meter itu disebabkan tanah di tebing berkenaan mendap lalu menggelungsur akibat hujan lebat.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata sepasukan 17 anggota dan pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul serta Sri Hartamas dihantar ke lokasi sejurus menerima laporan jam 5.20 petang.

Selepas melakukan pemeriksaan, kita dapati tiada mangsa tertimbus atau kenderaan terperangkap dalam runtuhan itu yang dianggarkan berkeluasan 100 meter persegi. Kita masih memantau keadaan kerana bimbang runtuhan baru selain turut membantu kakitangan DBKL melakukan kerja pembersihan, katanya.









Jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur pula memberitahu, laluan terbabit akan ditutup sementara bagi memudahkan kerja pembersihan dan orang ramai dinasihat menggunakan laluan alternatif.