Tampilkan postingan dengan label Suhu Sejuk Malaysia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Suhu Sejuk Malaysia. Tampilkan semua postingan

Minggu, 26 Januari 2014

Berikutan Cuaca Sejuk, Warga Kuala Krai dinasihati untuk memakai baju tebal

Sabtu, 25 Januari 2014

Cuaca luar biasa Kuala Krai seolah-olah suasana pagi Cameron Highlands




Seolah-olah menikmati suasana pagi di Cameron Highlands, Pahang.


Itulah yang dirasakan penduduk di sekitar Kuala Krai di sini apabila suhu kira-kira 17 darjah Celsius direkodkan di daerah ini sejak Rabu lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar daerah ini mendapati, penduduk terpaksa memakai baju tebal bagi melakukan aktiviti seharian berikutan perubahan cuaca yang berlaku.

Seorang kakitangan awam, Che Ragayah Che Yaakob , 31, mendakwa, fenomena cuaca sejuk seolah-olah berada di Cameron Highlands tidak pernah berlaku di kawasan itu sebelum ini.

Katanya, suasana bertambah sejuk terutama pada waktu malam menyebabkan dia terpaksa mengunakan selimut tebal.

"Saya difahamkan keadaan ini akan berterusan beberapa hari lagi sehingga minggu depan dan fenomena ini turut melanda beberapa daerah lain di negeri ini," katanya ketika ditemui.

Seorang lagi kakitangan awam, Norazita Ismail, 36, berkata, beliau terpaksa mandi menggunakan air panas pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja.

"Hendak sentuh air pada waktu pagi sekarang sangat sejuk, terasa seperti menyentuh ais lebih-lebih lagi ketika hendak berwuduk.

"Keadaan ini menyebabkan suasana berkabus walaupun pada pukul 11 pagi," katanya.

Sementara itu seorang pengusaha santan kelapa, Hasnah Mustafa, 50, pula berkata, akibat cuaca sejuk, santan yang dihasilkan menjadi beku walaupun tidak disimpan di dalam peti ais.

"Situasi yang berlaku ini merupakan kali pertama saya alami sejak mula mengusahakan perniagaan empat tahun lalu," katanya.

Dalam pada itu, laman web Jabatan Meteorologi mencatatkan suhu minimum di Kuala Krai hari ini adalah 19.1 darjah celsius iaitu masih yang terendah bagi kawasan tanah rendah dengan Cameron Highlands mencatatkan suhu minimum 12.3 darjah celsius.

Kelmarin, Jabatan Meteorologi menerusi satu kenyataan melaporkan secara relatifnya, bulan ini dan Februari merupakan tempoh suhu minimum yang agak rendah berbanding bulan-bulan lain.

Suhu udara yang sejuk daripada biasa yang dialami di kebanyakan tempat terutamanya di kawasan pantai timur dan utara Semenanjung pada minggu ini adalah disebabkan tiupan angin timur laut yang agak kencang, berpunca dari tanah besar China yang ketika ini sedang mengalami musim sejuk.

Selain itu, keadaan litupan awan yang kurang di seluruh Semenanjung sepanjang minggu ini turut membantu merendahkan suhu pada waktu malam dan awal pagi.

Jumat, 24 Januari 2014

Ice found on the summit of Mount Kinabalu

Ice found on the summit of Mount Kinabalu

Temperatures at the summit fell progressively over three days to minus one degree Celsius on January 15 and minus two degrees Celsius on January 16 before it hit minus three degrees Celsius on January 17.










Kuala Krai mencatatkan suhu minimum 17 Celsius

Suhu serendah 17 darjah Celsius yang direkod di sini sejak Rabu lalu menyebabkan penduduk terpaksa memakai baju sejuk bagi memanaskan badan.


Tinjauan di dua tempat beriadah popular iaitu Taman Tasik Kuala Krai dan Taman Cinta Wangsa, mendapati ramai penduduk melakukan aktiviti riadah lebih lewat daripada kebiasaan berikutan kabus tebal yang menyelubungi kawasan itu.

Penjawat awam, Mohd Baihaqi Che Man, 28, berkata dia kini bersenam sekitar 8 pagi berbanding 7 pagi, pada minggu sebelumnya.

"Ini kerana cuaca yang sejuk menyebabkan kabus tebal dan jarak penglihatan

menjadi kurang. Saya mengambil keputusan untuk keluar berjoging lewat sedikit pada hari ini kerana bimbang dirempuh kenderaan.

"Selain itu, saya terpaksa memakai tiga lapis baju, termasuk baju sejuk, kerana suhu yang lebih sejuk berbanding minggu lepas," katanya.

Guru, Abd Aziz Daud, 42, dari Sungai Pas pula menyifatkan keadaan suhu yang rendah di kawasan pedalaman itu adalah luar biasa dan ada murid terpaksa memakai baju sejuk walaupun pada sebelah tengah hari.

"Bukan sahaja murid malah guru sendiripun ada yang memakai baju sejuk kerana tak tahan dengan keadaan itu.

"Bagaimanapun, murid masih datang ke sekolah seperti biasa dan kehadiran tidak terjejas walaupun keadaan suhu yang rendah di kawasan pedalaman," katanya.

Seorang lagi penjawat awam, Norazita Ismail, 36, dari Guchil 3, berkata beliau terpaksa mandi menggunakan air panas sebelum ke tempat kerja.

"Nak sentuh air pun saya rasa takut, terutama ketika hendak solat Subuh. Air terlalu sejuk... terasa seperti menyentuh ais pada waktu pagi ketika nak berwuduk.

"Mujur kereta tak meragam dan dapat dihidupkan seperti biasa walaupun keadaan sejuk pada waktu pagi. Pukul 9.30 pagi pun masih berkabus," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kelantan Datuk Ahmad Razin Ahmad Maher berkata walaupun fenomena suhu rendah berlaku di negeri ini sejak Rabu lalu, tiada sebarang masalah kesihatan dilapor sehingga kini.

Portal rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia pada Rabu lalu melaporkan Kuala Krai mencatat suhu kedua paling rendah iaitu 17.2 darjah Celsius selepas Cameron Highlands (12 darjah Celsius).

Suhu di Kuala Krai hari ini ialah minimum 19.1 darjah Celsius dan maksimum 29.2 darjah Celsius manakala di Kota Baharu pula, minimum 21.0 darjah Celsius dan maksimum 27.9 darjah Celsius.

Fenomena suhu sejuk itu berpunca daripada luruan udara sejuk dari Tanah Besar China yang bergerak ke Laut China Selatan, dan keadaan itu biasa terjadi ketika Monsun Timur Laut. 

Penduduk berbaju sejuk, suhu rendah di Kuala Krai

Suhu serendah 17 darjah Celsius yang direkod di Kuala Krai sejak Rabu lepas menyebabkan penduduk terpaksa memakai baju sejuk bagi memanaskan badan.
    
Tinjauan Bernama di dua tempat beriadah popular iaitu Taman Tasik Kuala Krai dan Taman Cinta Wangsa, mendapati ramai penduduk melakukan aktiviti riadah lebih lewat daripada kebiasaan berikutan kabus tebal yang menyelubungi kawasan itu.
    
Penjawat awam, Mohd Baihaqi Che Man, 28, berkata beliau kini bersenam sekitar jam 8 pagi berbanding pukul 7 minggu sebelumnya.
    
"Ini kerana cuaca yang sejuk menyebabkan kabus tebal dan jarak penglihatan menjadi kurang. Saya mengambil keputusan untuk keluar berjoging lewat sedikit pada hari ini kerana bimbang dirempuh kenderaan.
    
"Selain itu, saya terpaksa memakai tiga lapis baju, termasuk baju sejuk, kerana suhu yang lebih sejuk berbanding minggu lepas,"  katanya kepada Bernama hari ini.
    
Seorang guru, Abd Aziz Daud, 42, dari Sungai Pas pula menyifatkan keadaan suhu yang rendah di kawasan pedalaman itu adalah luar biasa dan ada murid terpaksa memakai baju sejuk walaupun pada waktu tengah hari.

"Bukan sahaja murid malah guru sendiripun ada yang memakai baju sejuk kerana tak tahan dengan keadaan itu.
    
"Bagaimanapun, murid masih datang ke sekolah seperti biasa dan kehadiran tidak terjejas walaupun keadaan suhu yang rendah di kawasan pedalaman," katanya.
    
Seorang lagi penjawat awam, Norazita Ismail, 36, dari Guchil 3, berkata beliau terpaksa mandi menggunakan air panas sebelum ke tempat kerja.
    
"Nak sentuh air pun saya rasa takut, terutama ketika hendak solat Subuh. Air terlalu sejuk... terasa seperti menyentuh ais pada waktu pagi ketika nak berwuduk.
    
"Mujur kereta tak meragam dan dapat dihidupkan seperti biasa walaupun keadaan sejuk pada waktu pagi. Pukul 9.30 pagi pun masih berkabus," katanya.
    
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kelantan Datuk Ahmad Razin Ahmad Maher berkata walaupun fenomena suhu rendah berlaku di negeri ini sejak Rabu lepas, tiada sebarang masalah kesihatan dilapor sehingga kini.
    
Portal rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia pada Rabu lepas melaporkan Kuala Krai mencatat suhu kedua paling rendah iaitu 17.2 darjah Celsius selepas Cameron Highlands (12 darjah Celsius).
    
Suhu di Kuala Krai hari ini ialah minimum 19.1 darjah Celsius dan maksimum 29.2 darjah Celsius manakala di Kota Baharu pula, minimum 21.0 darjah Celsius dan maksimum 27.9 darjah Celsius.
    
Fenomena suhu sejuk itu berpunca daripada luruan udara sejuk dari Tanah Besar China yang bergerak ke Laut China Selatan, dan keadaan itu biasa terjadi ketika Monsun Timur Laut.

Kamis, 23 Januari 2014

Suhu Sejuk Melanda Malaysia


Suhu sejuk melanda jajahan ini sejak seminggu lalu menyebabkan ramai penduduk mengehadkan kegiatan, selain memakai pakaian tebal, terutama pada waktu malam.


Penduduk menyifatkan situasi ketika ini sebagai kejadian luar biasa kerana selalunya pada awal tahun, suhu jajahan terbabit kembali panas, selepas negeri dilanda banjir baru-baru ini.

Surirumah dari Kampung Sungai Dala, Rosmanita Zainal Abidin, 42, berkata suhu terlalu sejuk pada waktu pagi, menyebabkan beliau terpaksa menjerang satu periuk besar air untuk kegunaan anaknya mandi sebelum ke sekolah.

Jerang air panas


“Biasanya, anak saya mandi air paip pada waktu pagi tanpa masalah. Namun, sekarang, tengah hari pun air paip masih terasa sejuk seperti dicampur ais, membuatkan anak yang baru balik sekolah enggan mandi.

“Suasana dalam rumah pada waktu malam juga terasa bagaikan dipasang pendingin hawa hingga memerlukan selimut tebal untuk mengurangkan kesejukan.

“Keadaan ini memberi kesan kepada kesihatan suami saya, R Azmi Jaafar, 48, yang mengalami angin ahmar sejak tujuh bulan lalu,” katanya.
Warga tua, Mohamed Mustapha Baharum, 62, berkata cuaca sejuk menyebabkan dia mengelak keluar rumah pada waktu malam dan awal pagi kerana bimbangkan masalah kesihatan diri.

“Suasana sejuk mula dirasai selepas jam 5 petang membuatkan kami bagaikan berada di luar negara seperti yang sering ditonton dalam televisyen,” katanya.

Penduduk Kampung Tualang, Rohaida Mohamed, 36, berkata suasana sejuk dialami ketika ini menyebabkan mereka tidak perlu menghidupkan kipas kerana keadaan terasa seperti menggunakan pendingin hawa.

Pakai stokin, selipar


“Sepanjang masa kalau berjalan dalam rumah pun perlu memakai selipar atau stokin bagi mengurangkan rasa sejuk,” katanya.

Sementara itu, suhu serendah 17 darjah celsius sekitar Kuala Krai, Kelantan dan 19 darjah di Besut, disifatkan tahap paling sejuk pernah direkodkan di Pantai Timur.

Pengarah Meteorologi Terengganu/Kelantan, Jenuwa Husin, berkata penurunan suhu itu disifatkan rekod berbanding suhu biasa dicatatkan pada kadar paling minimum sebelum ini 23 darjah Celsius.

Di Sabah, Pengarah Meteorologinya, Abdul Malek Tusin, berkata fenomena cuaca sejuk sejak lima hari lalu menyaksikan Keningau mencatat suhu terendah 17 darjah Celsius, lebih rendah berbanding tanah tinggi Kundasang pada tahap 20 darjah Celsius.

Katanya, walaupun tidak dilakukan sebarang pengukuran, namun suhu di puncak Gunung Kinabalu, dijangka lebih sejuk berbanding suhu normal iaitu di bawah 15 darjah Celsius.