iklan 336x280
iklan link responsive
iklan 336x280
iklan link responsive
Baca Juga
Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian,, rasanya sejak kebelakangan ini, permainan atau games Candy Crush Saga semakin mendapat sambutan di kalangan orang ramai.
Pergi sahaja ke mana-mana pasti sahaja ternampak atau terlihat orang yang sedang memain permainan Candy Crush Saga, terutamanya di telefon pintar masing-masing.
Memang, rakyat Malaysia juga ramai yang memainkan permainan ini, termasuk admin sendiri.. haha, tapi awas ketagihan permainan ini atau permainan atas talian lain boleh membawa risiko tentang kesihatan seseorang.
Baru-baru ini dalam akhbar utusan Malaysia ada melaporkan yang seorang wanita mengalami masalah sakit belakang dan tidak cukup tidur kerana ketagih bermain permainan Candy Crush ini.
Wanita berusia 44 tahun itu berkata, dia mengalami masalah itu kerana duduk membongkok terlalu lama untuk bermain permainan Candy Crush tersebut.
Mungkin bukan hanya dia seorang tetapi ramai lagi yang ketagih permainan seperti ini mengalami nasib atau masalah yang sama.
Bukan hanya permainan Candy Crush Saga tapi mungkin ada permainan lain yang menyebabkan ketagihan seseorang itu bertambah.
Jadi rasanya yang ketagihan itu, boleh la kurangkan bermain permainan seperti ini, rugi rasanya menghabiskan masa seperti ini. Rugi masa rehat, rugi masa bersama teman-teman, keluarga dan sebagainya dan yang paling utama ketagihan permainan dalam talian seperti ini boleh mengundang penyakit ekoran tidak cukup tidur dan sebagainya.
* Bermain game tak salah tapi janganlah sampai ketagih yang boleh membawa kerosakan kepada diri sendiri. Kan? :)
Permainan Aplikasi Candy Crush rupanya sangat berbahaya
4/
5
Oleh
Maslakhatumat