Selasa, 14 Januari 2014

Lelaki di Banting Hampir jual bom

Lelaki di Banting Hampir jual bom

iklan 336x280 iklan link responsive
iklan 336x280 iklan link responsive

Baca Juga

KEADAAN bom yang dijumpai Ramli di kawasan kelapa sawit.

Hasrat sepasang suami isteri Orang Asli Bukit Chedding, dekat sini untuk menjual ketulan besi yang ditemui di kawasan kelapa sawit berhampiran rumahnya terhalang apabila mendapati objek yang ditemui mereka itu sebenarnya sebutir bom lama yang dipercayai masih aktif.

Bom berkenaan ditemui jam 10 pagi kelmarin ketika Ramli Asai, 30, bersama isterinya Noriah Asai,27, ingin menjerat ayam hutan sambil mencari damar di kawasan itu sebelum menemui objek berkenaan yang tertimbus dalam tanah.


Ramli berkata, ketika ditemui dalam keadaan separuh tertimbus itu, dia menyangkakan objek berkenaan ketulan besi padu.

“Masa itu saya fikir ia hanya besi buruk dan mengarahkan isteri membawa balik ke rumah untuk disimpan kerana saya berhasrat untuk menjualnya.

“Ketika sampai di rumah saya cuba membersihkan ketulan besi itu sebelum menyedari ia sebenarnya bom lama,” katanya ketika ditemui di Kampung Orang Asli Bukit Chedding, dekat sini semalam.

Penemuan itu adalah yang ketiga membabitkan empat butir bom lama dilaporkan di daerah ini selepas Harian Metro melaporkan kejadian sama pada Isnin dan Jumaat lalu.
Foto
iklan 336x280 iklan link responsive (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Related Posts

Lelaki di Banting Hampir jual bom
4/ 5
Oleh